Catatan

SEJARAH MDUAJ

Madrasah Darul Uloom Al Islamiyah Jengka(MDUAJ) dikenali juga sebagai Madrasah Tahfiz Al Quran Jengka 11,  ditubuhkan pada 1/10/2010. Penubuhan ini atas saranan Tuan Guru Maulana Jauhari bin Muhammad Ali Al Jenderaqi selaku Tuan Guru kepada Tuan Mudir MDUAJ, Ustaz Mohd Khairul bin Poniran(Ustaz Hj. Ujang).  MDUAJ bermula dengan hanya 8orang pelajar, kini jumlahnya telah bertambah sehingga mencecah seramai 200 orang. Seiring dengan 12 tahun penubuhan, MDUAJ telah melahirkan lebih daripada 100 orang huffaz dan 34 orang Muallim, yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Disamping itu, MDUAJ juga sedang mengorak beberapa langkah kehadapan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kelulusan SPM serta Ijazah Sarjana Muda dengan usahasama KPM dan Universiti Terbuka Malaysia(OUM) MDUAJ sangat komited dalam melahirkan para pelajar yang bukan sahaja mahir didalam bidang Al Quran dan Hadith, malah membuka ruang yang luas kepada mereka untuk melangkah dengan lebih jauh dala...